Wednesday, February 3, 2010

AKSI AYAM KAMPUNG MERTUAKU

sALAM sEJAHTERA......

Dalam perjalanan balik ke Kelantan
Aku singgah jap kat umah mentuaku kat Felda Cerul...
Sampai jer kat sana aku disapa kokokan ayam2 kampung
Intai punya intai......
Banyak jugak ayam kampung mentuaku ini...
Siap dah ada reban lepak kat blakang umah...
Sama2 saksikan keunikan reban & aksi ayam kampung mentuaku ini....

- Peace No War -





MESIN PENETASAN TELUR

Salam sejahtera....

Pada minggu yang lepas....
saya telah berkunjung ke ladang ternak citypull kat sepang
Perrrgggghhhhh.....
Boleh dikatogerikan kelas A jugak la sifu kita punya ladang
Saya ke sana sekadar melawat sambil nak cekup satu mesin tetas telur
Cadangan nak mengembangkan projek ayam kampung asli
Ambil sebiji untuk testing keberkesanan
Sambil terus bawak balik ke Kelantan
Kat sana aku dah standby ayam2 kampung asli utk beraksi..
Ini lah gambar mesin inkubutor beliau....

- Peace No War -

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 04 )

Salam Sejahtera....

Dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat
Pihak kami telah menambah stok bekalan kami
Sebanyak 500 ekor anak ayam kampung organik telah dimasukkan
Pada tarikh 02.02.2010 ( selasa )
Ini adalah batch kali ke-04 yang telah diusahakan oleh pihak kami
Dengan sokongan semua pihak.....
Pihak kami akan terus mengembangkan projek ini secara sistematik
Kami amat menghargai segala pandangan dari semua pihak...

- Peace No War -



Tuesday, January 26, 2010

PEMBIAKAN AYAM KAMPUNG ASLI

Salam Sejahtera.....
Pihak kami dalam proses mendapatkan bekalan induk ayam kampung ori
Dalam perancangan kami...
Bermula pada awal Febriari 2010....
Berdasarkan kapasiti reban & kawasan
Kami akan menyediakan 110 ekor induk
10 ekor jantan
100 ekor betina
Dalam perkiraan yang dijalankan..
Pihak kami akan menghasilkan 250 biji telur sebulan
Kami akan cuba menerapkan konsep kurungan reban separa tertutup & lepas
Berkeluasan 15' x 20' utk bilangan tersebut..

Pemantauan akan dijalankan selama sebulan
Bagi memastikan konsep ini perlu ditambahbaik atau sebaliknya..
Konsep ini akan ditambah induk betina & jantan secara berperingkat

Target kami.....
akan menyediakan 3 kurungan reban separa tertutup
yang akan mengandungi keseluruhan
30 ekor induk pejantan
300 ekor induk betina...

Di mana.....
Pihak kami menjangkakan akan dapat menghasilkan
750 biji telur sebulan...

Jika konsep ini berjalan lancar
pihak kami akan amat berbesar hati kepada semua pihak
Kerana akan dapat memastikan permintaan tinggi
Bekalan ayam kampung asli dapat dipenuhi...
Samada utk keperluan anak ayam kampung asli
Mahupun bekalan ayam dewasa.....

Moga2 usaha murni kami
Akan mendapat sokongan & kerjasama semua pihak...
Terima Kasih...

- Peace No War -

Monday, January 25, 2010

SUMBER MAKANAN AYAM

Salam Sejahtera...

Kali ini, kami ingin memberikan pendapat & pandangan
Berkenaan sumber makanan ternakan terutamanya ayam...
Dari pengalaman kami menjalankan ternakan
Di pasaran, makanan palet merupakan pilihan yang mesti
Kandungan protein yang tinggi penting utk tunbesaran ayam
Di pasaran, terdapat 2 jenama utama yang menguasai pasaran
Pertama.... GOLD COIN
Kedua...... CP
Yang amat memeningkan kepala semua
Harga makanan ini amat mahal
Di samping harganya yang sentiasa naik saban minggu & bulan
Sekarang....
Harga seguni Palet Jenama CP = RM 85.00 ( Starter )
Dan RM 83.00 seguni ( Grower No. 02 )
Berat seguni = 50 KG...

Pihak kami masih lagi membuat kajian bersama2 pihak tertentu
Dalam mendapatkan sumber makanan yang sesuai
PENTING......
Sumber protein mestilah mencukupi
Tumbesaran ayam adalah sekata

Mohon semua pihak agar kita sama2....
memberikan pandangan & membuat kajian
bagi memecah monopoli bekalan makanan yang semakin meningkat..
Sebarang pandangan & cadangan akan kita kongsi bersama...
Terima Kasih...




SEBAHAGIAN MAKANAN AYAM ( JENAMA - CP BRAND )

JUALAN PERTAMA

Salam Sejahtera....

Tarikh 23.01.2010,,,Genap 40 hari usia ternakan ayam kampung organik @ kacuk kami....
Berat purata keseluruhan ayam kami telah mencecah 800 - 1000 kg
Atas sokongan daripada pembekal sekitar kota bharu
sebanyak 472 ekor ternakan kami telah diborong oleh beliau...
Hasil usaha kami akhirnya menampakkan sedikit hasil

atas sokongan dan kerjasama semua pihak....
Sepanjang menjalankan projek...
Kami dapat membuat kesimpulan.......
Jika ternakan dijaga dengan baik...
dari segi pemakanan dan juga ubat- ubatan
Kadar kematian tidak melebihi 3% secara keseluruhan
Berat dalam tempoh 40 hari = 5 - 6 minggu
Mencecah purata berat sehingga 1 kg...

Kami amat mengalu-alukan pandangan dari semua pihak
Agar dapat terus berkerjasama dlm memantapkan lagi
Serta menambahbaik sistem yang telah kami praktikkan...

Sunday, January 17, 2010

AYAM KAMPUNG ORI

Salam sejahtera....

pihak kami banyak mendapat maklum balas
bagi mendapatkan stok ayam kampung ori
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan juga kerjasama kpd semua pihak
Kami telah berusaha mendapatkan induk ayam kampung ori
InsyaAllah dalam masa terdekat
pihak kami akan dapat menghasilkan stok ayam kampung ori
Setakat ini,...
pihak kami telah mendapatkan 16 ekor induk ayam kampung ori
4 ekor jantan & 12 ekor betina...
Kami akan terus menambah bekalan & stok kami...
Sama2 memberikan sokongan pada kami
dalam memenuhi pasaran & permintaan semua pihak..

- Peace No War -