Showing posts with label ayamkampung. Show all posts
Showing posts with label ayamkampung. Show all posts

Monday, January 25, 2010

JUALAN PERTAMA

Salam Sejahtera....

Tarikh 23.01.2010,,,Genap 40 hari usia ternakan ayam kampung organik @ kacuk kami....
Berat purata keseluruhan ayam kami telah mencecah 800 - 1000 kg
Atas sokongan daripada pembekal sekitar kota bharu
sebanyak 472 ekor ternakan kami telah diborong oleh beliau...
Hasil usaha kami akhirnya menampakkan sedikit hasil

atas sokongan dan kerjasama semua pihak....
Sepanjang menjalankan projek...
Kami dapat membuat kesimpulan.......
Jika ternakan dijaga dengan baik...
dari segi pemakanan dan juga ubat- ubatan
Kadar kematian tidak melebihi 3% secara keseluruhan
Berat dalam tempoh 40 hari = 5 - 6 minggu
Mencecah purata berat sehingga 1 kg...

Kami amat mengalu-alukan pandangan dari semua pihak
Agar dapat terus berkerjasama dlm memantapkan lagi
Serta menambahbaik sistem yang telah kami praktikkan...

Wednesday, December 23, 2009

SALAM HORMAT

Salam Sejahtera..

Selamat datang kepada semua pengunjung yang sudi melawat blog kami...
Di sini kami paparkan kepada semua berkenaan ternakan kami...
moga2 usahawan tani seperti kami akan terus maju bersama...
kami juga megalu2 kan kepada peminat ternakan
terutama nyer ternakan ayam kampung organik
terutama nyer kepada pemborong, pembekal & pembeli
agar dapat mengambil manafaat dari blog yang kami hasilkan...

kami sudahi dengan rasa syukur
kerana dapat melaksanakan projek ternakan ini...

terima kasih..