Saturday, July 10, 2010

LADANG TERNAK CERUL

Salam Sejahtera.......

Berbanyak maaf kerana dah lama saya tidak update perkembangan terbaru ternakan di ladang...
Perancangan terbaru dari pihak kami adalah utk memperbesarkan ladang ternakan kami
Pembesaran ini adalah kesinambungan ladang kami di Felda Cerul, Kemaman, Terengganu
Kami akan memperbesarkan ladang kami bermula pertengahan bulan julai 2010
Ini adalah untuk meningkatkan kapasiti ternakan yang semakin bertambah
Cadangan kami adalah bagi menempatkan kira2 300 ekor tambahan ternakan ayam kampung
Di samping ternakan sediada sebanyak 200 ekor...
Buat masa nie, pendapat dan pandangan sahabat semua amat kami alu2 kan....

Kami menjangkakan akan dapat menghasilkan telur
Dalam perkiraan awal sebanyak 300 biji akan dapat dihasilkan sebulan
Bermula pada bulan Ogos dan seterusnya....

Kami akan memaparkan gambar terbaru ladang kami dlm masa yang terdekat...
Semoga usaha kami akan mendapat sokongan dari semua pihak
Pihak kami amat mebgalu2kan pandangan dari semua pihak...

Salam dari kami di TERNAKJAYA

- Peace No War -

Wednesday, May 19, 2010

AYAM KAMPUNG ASLI ( FELDA CERUL - TERENGGANU )

Salam Sejahtera....

Kebelakangan ini, banyak sgt urusan perlu diselesaikan...
maaf kepada semua kerana dah lama tak update kat blog...
Kali ini.....
Saya mempamerkan ternakan ayam kampung asli
Lokasi ternakan di Felda Cerul Terengganu
Ini ladang ternak cawangan ke dua
Pengusaha ladang adik ipar sendiri....

Alhamdulillah.....
Sejak diusahakan dari bulan 3/10
Terdapat 300 ekor ayam ternakan telah dapat dikumpul dan dihasilkan
Moga2 usaha kami mengembangkan ternakan
akan mendapat sokongan & pandangan dari semua...
Ini antara aksi2 ayam kampung kami..

khas utk tatapan kawan2 sekalian :-




Monday, March 1, 2010

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 06 )

Salam Sejahtera......

Seperti yang telah dijadualkan pada peringkat awal...
Hari ini, bertarikh 02.03.2010 ( selasa )
Sebanyak 500 ekor bekalan telah dimasukkan ke reban kami...
Pada kali ini, pihak kami telah menjadualkan keperluan ubat-ubatan & vitamin dengan lebih teliti...
Ini memeandangkan, selepas kaji selidik & pendapat dari orang ramai
Keperluan vitamin & ubat-ubatan perlu diberikan dengan secara berkala
Penjadualan pemberian vitamin & anti-stress banyak membantu ketahanan anak ayam
Terutamanya pada peringkat 2 minggu pertama....

Kami mengalu2kan sebarang pendapat dari semua pihak...
Semoga semua penternak tegar seperti kami akan terus maju selangkah
Seterusnya dapat bergabung dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin tinggi...

- Peace No War -

Saturday, February 27, 2010

JUALAN BATCH NO. 03

Salam Sejahtera....


buat kali keTIGA pada tarikh 26.02.2010.....
Ternakan kami telah diborong oleh pemborong utama kami sebanyak 360 ekor
Jumlah kematian utk batch kali ini sebanyak 81 ekor ( 15.34% )
Berlegar di sekitar 15 %
Amat banyak kematian dicatat pada batch kali ini.....
Tiada penjelasan yang kukuh utk kematian kali ini
Tetapi batch kami kali ini dilihat berlainan sedikit jenisnya dari batch2 terdahulu
Kemungkinan dari segi baka yang kurang berkualiti
Mendatangkan banyak kematian kepada batch kami pada kali ini
Apapun, pihak kami sentisa mencatat segala keperluan yang perlu
Bagi mengimbangi tahap kematian daripada terus meningkat...
Purata berat ayam kampung organik kami
Sekitar 755 - 800 gram ( Usia Minggu Ke - 06 )
Di atas permintaan yang semakin tinggi
Pihak kami akan meningkatkan lagi stok ternakan kami dengan lebih agresif
Semoga....
Sokongan & pandangan semua pihak amat kami hargai & alu2kan..

- Peace No War -

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 05 )

Salam sejahtera........

Sekali lagi, dalam memenuhi permintaan dari pasaran tempatan
Pihak kami telah menambah bekalan stok sediada kami
Sebanyak 500 ekor stok telah dimasukkan ke reban kami pada tarikh 23.02.2010
Berdasarkan permintaan yang semakin tinggidari orang ramai
Pihak kami telah membuat penjadualan kemasukan ternakan secara lebih sistematik
Bermula pada tarikh 23.02.2010....
Pihak kami akan menambahkan stok bekalan kami sebanyak 3 kali sebulan
Sebanyak 500 Ekor akan diturunkan setiap kali tambahan dibuat
Tahap kapasiti reban kami hanya mampu menampung 3000 ekor dalam satu2 masa..
Semoga dengan sokongan semua pihak....
Pihak kami akan terus mengembangkan tahap kapasiti reban kami
Sokongan & pandangan dari semua pihak amat kami alu2kan....

- Peace No War -

Thursday, February 25, 2010

JUALAN BATCH NO. 02

Salam Sejahtera....

Kami amat bersyukur....
buat kali kedua pada tarikh 22.02.2010.....
Ternakan kami telah habis dijual sebanyak 490 ekor
Jumlah kematian utk batch kali ini sebanyak 21 ekor ( 4.2% )
Berlegar di sekitar 4 - 5 %
musim perayaan Tahun Baru Cina banyak membantu jualan
Terutama pada kali ini....
Purata berat ayam kampung organik kami
Sekitar 1 - 1.3 kg ( Usia Minggu Ke - 06 )
Kali ini....
Stok yang ada pada kami tidak mencukupi
Berdasarkan permintaan daripada pihak luar
Namun, kami masih lagi berusaha kearah
Memastikan stok kami mencukupi
Terutamanya setelah mendapat sokongan & kepercayaan dari banyak pihak...

Sokongan & pandangan semua pihak amat kami hargai..

- Peace No War -



PENJAGAAN KESIHATAN TERNAKAN

Salam sejahtera....

Agak lama saya tak update sebarang info kat sini...
Saya agak sibuk menguruskan ternakan sejak akhir2 ini...
Namun, untuk menambahkan lagi pengetahuan
Serta berkongsi dengan semua
Pada kali ini.....
Saya akan menceritakan berkenaan dengan
Penjagaan Kesihatan ternakan
Terutamanya dalam kes saya Ternakan Ayam....

Antara ubat- ubatan yang digunapakai oleh pihak kami :
i. Ubat Hama : Gunapakai sebelum ternakan dimasukkan ke reban
ii. Anti - Stress : Gunapakai pada minggu pertama ternakan & pertukaran lokasi
iii. Vitamin : Sentiasa diberikan selang 3 hari sekali
iv. Ubat Cacing : Beri sekali semasa umur ternakan berusia 2 minggu
v. Bakteria Baik ( EM ) : Sembur selang 3-4 hari dlm reban utk membunuh bakteria

Amat penting memastikan keseluruhan ubat-ubatan ini
Sentiasa dijadualkan dengan betul
Terutamanya ketika ternakan berusia kurang dari 2 minggu
Kadar kelangsungan hidup ternakan
Banyak bergantung kepada
Tahap penjagaan semasa tempoh tersebut...

Pandangan & pendapat semua amat2 kami alukan...

Sekian....


Bakteria Baik ( EM )


Ubat Cacing


Anti - Stress


Vitamin


Vitamin

Wednesday, February 3, 2010

AKSI AYAM KAMPUNG MERTUAKU

sALAM sEJAHTERA......

Dalam perjalanan balik ke Kelantan
Aku singgah jap kat umah mentuaku kat Felda Cerul...
Sampai jer kat sana aku disapa kokokan ayam2 kampung
Intai punya intai......
Banyak jugak ayam kampung mentuaku ini...
Siap dah ada reban lepak kat blakang umah...
Sama2 saksikan keunikan reban & aksi ayam kampung mentuaku ini....

- Peace No War -





MESIN PENETASAN TELUR

Salam sejahtera....

Pada minggu yang lepas....
saya telah berkunjung ke ladang ternak citypull kat sepang
Perrrgggghhhhh.....
Boleh dikatogerikan kelas A jugak la sifu kita punya ladang
Saya ke sana sekadar melawat sambil nak cekup satu mesin tetas telur
Cadangan nak mengembangkan projek ayam kampung asli
Ambil sebiji untuk testing keberkesanan
Sambil terus bawak balik ke Kelantan
Kat sana aku dah standby ayam2 kampung asli utk beraksi..
Ini lah gambar mesin inkubutor beliau....

- Peace No War -

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 04 )

Salam Sejahtera....

Dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat
Pihak kami telah menambah stok bekalan kami
Sebanyak 500 ekor anak ayam kampung organik telah dimasukkan
Pada tarikh 02.02.2010 ( selasa )
Ini adalah batch kali ke-04 yang telah diusahakan oleh pihak kami
Dengan sokongan semua pihak.....
Pihak kami akan terus mengembangkan projek ini secara sistematik
Kami amat menghargai segala pandangan dari semua pihak...

- Peace No War -



Tuesday, January 26, 2010

PEMBIAKAN AYAM KAMPUNG ASLI

Salam Sejahtera.....
Pihak kami dalam proses mendapatkan bekalan induk ayam kampung ori
Dalam perancangan kami...
Bermula pada awal Febriari 2010....
Berdasarkan kapasiti reban & kawasan
Kami akan menyediakan 110 ekor induk
10 ekor jantan
100 ekor betina
Dalam perkiraan yang dijalankan..
Pihak kami akan menghasilkan 250 biji telur sebulan
Kami akan cuba menerapkan konsep kurungan reban separa tertutup & lepas
Berkeluasan 15' x 20' utk bilangan tersebut..

Pemantauan akan dijalankan selama sebulan
Bagi memastikan konsep ini perlu ditambahbaik atau sebaliknya..
Konsep ini akan ditambah induk betina & jantan secara berperingkat

Target kami.....
akan menyediakan 3 kurungan reban separa tertutup
yang akan mengandungi keseluruhan
30 ekor induk pejantan
300 ekor induk betina...

Di mana.....
Pihak kami menjangkakan akan dapat menghasilkan
750 biji telur sebulan...

Jika konsep ini berjalan lancar
pihak kami akan amat berbesar hati kepada semua pihak
Kerana akan dapat memastikan permintaan tinggi
Bekalan ayam kampung asli dapat dipenuhi...
Samada utk keperluan anak ayam kampung asli
Mahupun bekalan ayam dewasa.....

Moga2 usaha murni kami
Akan mendapat sokongan & kerjasama semua pihak...
Terima Kasih...

- Peace No War -

Monday, January 25, 2010

SUMBER MAKANAN AYAM

Salam Sejahtera...

Kali ini, kami ingin memberikan pendapat & pandangan
Berkenaan sumber makanan ternakan terutamanya ayam...
Dari pengalaman kami menjalankan ternakan
Di pasaran, makanan palet merupakan pilihan yang mesti
Kandungan protein yang tinggi penting utk tunbesaran ayam
Di pasaran, terdapat 2 jenama utama yang menguasai pasaran
Pertama.... GOLD COIN
Kedua...... CP
Yang amat memeningkan kepala semua
Harga makanan ini amat mahal
Di samping harganya yang sentiasa naik saban minggu & bulan
Sekarang....
Harga seguni Palet Jenama CP = RM 85.00 ( Starter )
Dan RM 83.00 seguni ( Grower No. 02 )
Berat seguni = 50 KG...

Pihak kami masih lagi membuat kajian bersama2 pihak tertentu
Dalam mendapatkan sumber makanan yang sesuai
PENTING......
Sumber protein mestilah mencukupi
Tumbesaran ayam adalah sekata

Mohon semua pihak agar kita sama2....
memberikan pandangan & membuat kajian
bagi memecah monopoli bekalan makanan yang semakin meningkat..
Sebarang pandangan & cadangan akan kita kongsi bersama...
Terima Kasih...




SEBAHAGIAN MAKANAN AYAM ( JENAMA - CP BRAND )

JUALAN PERTAMA

Salam Sejahtera....

Tarikh 23.01.2010,,,Genap 40 hari usia ternakan ayam kampung organik @ kacuk kami....
Berat purata keseluruhan ayam kami telah mencecah 800 - 1000 kg
Atas sokongan daripada pembekal sekitar kota bharu
sebanyak 472 ekor ternakan kami telah diborong oleh beliau...
Hasil usaha kami akhirnya menampakkan sedikit hasil

atas sokongan dan kerjasama semua pihak....
Sepanjang menjalankan projek...
Kami dapat membuat kesimpulan.......
Jika ternakan dijaga dengan baik...
dari segi pemakanan dan juga ubat- ubatan
Kadar kematian tidak melebihi 3% secara keseluruhan
Berat dalam tempoh 40 hari = 5 - 6 minggu
Mencecah purata berat sehingga 1 kg...

Kami amat mengalu-alukan pandangan dari semua pihak
Agar dapat terus berkerjasama dlm memantapkan lagi
Serta menambahbaik sistem yang telah kami praktikkan...

Sunday, January 17, 2010

AYAM KAMPUNG ORI

Salam sejahtera....

pihak kami banyak mendapat maklum balas
bagi mendapatkan stok ayam kampung ori
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan juga kerjasama kpd semua pihak
Kami telah berusaha mendapatkan induk ayam kampung ori
InsyaAllah dalam masa terdekat
pihak kami akan dapat menghasilkan stok ayam kampung ori
Setakat ini,...
pihak kami telah mendapatkan 16 ekor induk ayam kampung ori
4 ekor jantan & 12 ekor betina...
Kami akan terus menambah bekalan & stok kami...
Sama2 memberikan sokongan pada kami
dalam memenuhi pasaran & permintaan semua pihak..

- Peace No War -

TERNAKAN BATCH NO. 03

Salam Sejahtera...

Kami sekali lagi telah mengorak langkah berani...
tempahan ayam utk batck ke-3 telah di buat..
pada tanggal 13.01.2010
sebanyak 500 ekor ternakan baru akan sampai keladang kami
Alhamdulillah......
setakat ini telah 1500 ekor ternakan telah berada diladang kami...
dengan sokongan dan dorongan semua pihak...
kami akan terus berusaha membekalkan
produk ternakan ayam yang terbaik utk semua pihak..
semoga dengan harapan & sokongan semua pihak
kami akan terus dapat mengorak langkah
memperluaskan lagi skop ternakan kami...
sama2 kita berusaha ke arah bidang penternakan yang lebih maju..

- Peace No War -


LIMA MINGGU USIA TERNAKAN ( BATCH NO. 01 )

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah...
syukur yang teramat sangat
tanggal 20.01.2010 ... maka
genaplah lima minggu umur ternakan yang diusahakan diladang kami
setakat ini, kematian yang dicatat adalah sebanyak 13 ekor
kesihatan nampak nyer bertambah baik
tiada lagi kematian dicatat selepas 3 minggu tempuh ternakan
berat purata ayam selama 5 minggu telah mencecah 800 - 900 gram
cukup memberangsangkan....
ternakan kami telahpun mencapai berat utk dipasarkan
kepada sesiapa sahaja yang berminat
boleh berhubung dengan kami utk perbincangan lanjut...
moga2 usaha murni kami akan terus mendapat
sokongan dan sambutan dari semua pihak..
syukran....

- Peace No War -



TERNAKAN BATCH NO. 02

Salam sejahtera..

Kami telah mengorak langkah berani sekali lagi
pada tarikh 05.01.2010 kami telah menambah stok ternakan kami
sebanyak 500 ekor anak ayam kampung organik @ kacuk telah ditambah
so, setakat ini,
kami mempunyai 1000 ekor ternakan utk memenuhi pasaran
moga usaha murni kami akan mendapat sokongan dari semua pihak

- Peace No War -