Saturday, February 27, 2010

JUALAN BATCH NO. 03

Salam Sejahtera....


buat kali keTIGA pada tarikh 26.02.2010.....
Ternakan kami telah diborong oleh pemborong utama kami sebanyak 360 ekor
Jumlah kematian utk batch kali ini sebanyak 81 ekor ( 15.34% )
Berlegar di sekitar 15 %
Amat banyak kematian dicatat pada batch kali ini.....
Tiada penjelasan yang kukuh utk kematian kali ini
Tetapi batch kami kali ini dilihat berlainan sedikit jenisnya dari batch2 terdahulu
Kemungkinan dari segi baka yang kurang berkualiti
Mendatangkan banyak kematian kepada batch kami pada kali ini
Apapun, pihak kami sentisa mencatat segala keperluan yang perlu
Bagi mengimbangi tahap kematian daripada terus meningkat...
Purata berat ayam kampung organik kami
Sekitar 755 - 800 gram ( Usia Minggu Ke - 06 )
Di atas permintaan yang semakin tinggi
Pihak kami akan meningkatkan lagi stok ternakan kami dengan lebih agresif
Semoga....
Sokongan & pandangan semua pihak amat kami hargai & alu2kan..

- Peace No War -

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 05 )

Salam sejahtera........

Sekali lagi, dalam memenuhi permintaan dari pasaran tempatan
Pihak kami telah menambah bekalan stok sediada kami
Sebanyak 500 ekor stok telah dimasukkan ke reban kami pada tarikh 23.02.2010
Berdasarkan permintaan yang semakin tinggidari orang ramai
Pihak kami telah membuat penjadualan kemasukan ternakan secara lebih sistematik
Bermula pada tarikh 23.02.2010....
Pihak kami akan menambahkan stok bekalan kami sebanyak 3 kali sebulan
Sebanyak 500 Ekor akan diturunkan setiap kali tambahan dibuat
Tahap kapasiti reban kami hanya mampu menampung 3000 ekor dalam satu2 masa..
Semoga dengan sokongan semua pihak....
Pihak kami akan terus mengembangkan tahap kapasiti reban kami
Sokongan & pandangan dari semua pihak amat kami alu2kan....

- Peace No War -

Thursday, February 25, 2010

JUALAN BATCH NO. 02

Salam Sejahtera....

Kami amat bersyukur....
buat kali kedua pada tarikh 22.02.2010.....
Ternakan kami telah habis dijual sebanyak 490 ekor
Jumlah kematian utk batch kali ini sebanyak 21 ekor ( 4.2% )
Berlegar di sekitar 4 - 5 %
musim perayaan Tahun Baru Cina banyak membantu jualan
Terutama pada kali ini....
Purata berat ayam kampung organik kami
Sekitar 1 - 1.3 kg ( Usia Minggu Ke - 06 )
Kali ini....
Stok yang ada pada kami tidak mencukupi
Berdasarkan permintaan daripada pihak luar
Namun, kami masih lagi berusaha kearah
Memastikan stok kami mencukupi
Terutamanya setelah mendapat sokongan & kepercayaan dari banyak pihak...

Sokongan & pandangan semua pihak amat kami hargai..

- Peace No War -



PENJAGAAN KESIHATAN TERNAKAN

Salam sejahtera....

Agak lama saya tak update sebarang info kat sini...
Saya agak sibuk menguruskan ternakan sejak akhir2 ini...
Namun, untuk menambahkan lagi pengetahuan
Serta berkongsi dengan semua
Pada kali ini.....
Saya akan menceritakan berkenaan dengan
Penjagaan Kesihatan ternakan
Terutamanya dalam kes saya Ternakan Ayam....

Antara ubat- ubatan yang digunapakai oleh pihak kami :
i. Ubat Hama : Gunapakai sebelum ternakan dimasukkan ke reban
ii. Anti - Stress : Gunapakai pada minggu pertama ternakan & pertukaran lokasi
iii. Vitamin : Sentiasa diberikan selang 3 hari sekali
iv. Ubat Cacing : Beri sekali semasa umur ternakan berusia 2 minggu
v. Bakteria Baik ( EM ) : Sembur selang 3-4 hari dlm reban utk membunuh bakteria

Amat penting memastikan keseluruhan ubat-ubatan ini
Sentiasa dijadualkan dengan betul
Terutamanya ketika ternakan berusia kurang dari 2 minggu
Kadar kelangsungan hidup ternakan
Banyak bergantung kepada
Tahap penjagaan semasa tempoh tersebut...

Pandangan & pendapat semua amat2 kami alukan...

Sekian....


Bakteria Baik ( EM )


Ubat Cacing


Anti - Stress


Vitamin


Vitamin

Wednesday, February 3, 2010

AKSI AYAM KAMPUNG MERTUAKU

sALAM sEJAHTERA......

Dalam perjalanan balik ke Kelantan
Aku singgah jap kat umah mentuaku kat Felda Cerul...
Sampai jer kat sana aku disapa kokokan ayam2 kampung
Intai punya intai......
Banyak jugak ayam kampung mentuaku ini...
Siap dah ada reban lepak kat blakang umah...
Sama2 saksikan keunikan reban & aksi ayam kampung mentuaku ini....

- Peace No War -





MESIN PENETASAN TELUR

Salam sejahtera....

Pada minggu yang lepas....
saya telah berkunjung ke ladang ternak citypull kat sepang
Perrrgggghhhhh.....
Boleh dikatogerikan kelas A jugak la sifu kita punya ladang
Saya ke sana sekadar melawat sambil nak cekup satu mesin tetas telur
Cadangan nak mengembangkan projek ayam kampung asli
Ambil sebiji untuk testing keberkesanan
Sambil terus bawak balik ke Kelantan
Kat sana aku dah standby ayam2 kampung asli utk beraksi..
Ini lah gambar mesin inkubutor beliau....

- Peace No War -

AYAM KAMPUNG ORGANIK ( BATCH NO. 04 )

Salam Sejahtera....

Dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat
Pihak kami telah menambah stok bekalan kami
Sebanyak 500 ekor anak ayam kampung organik telah dimasukkan
Pada tarikh 02.02.2010 ( selasa )
Ini adalah batch kali ke-04 yang telah diusahakan oleh pihak kami
Dengan sokongan semua pihak.....
Pihak kami akan terus mengembangkan projek ini secara sistematik
Kami amat menghargai segala pandangan dari semua pihak...

- Peace No War -