Tuesday, January 26, 2010

PEMBIAKAN AYAM KAMPUNG ASLI

Salam Sejahtera.....
Pihak kami dalam proses mendapatkan bekalan induk ayam kampung ori
Dalam perancangan kami...
Bermula pada awal Febriari 2010....
Berdasarkan kapasiti reban & kawasan
Kami akan menyediakan 110 ekor induk
10 ekor jantan
100 ekor betina
Dalam perkiraan yang dijalankan..
Pihak kami akan menghasilkan 250 biji telur sebulan
Kami akan cuba menerapkan konsep kurungan reban separa tertutup & lepas
Berkeluasan 15' x 20' utk bilangan tersebut..

Pemantauan akan dijalankan selama sebulan
Bagi memastikan konsep ini perlu ditambahbaik atau sebaliknya..
Konsep ini akan ditambah induk betina & jantan secara berperingkat

Target kami.....
akan menyediakan 3 kurungan reban separa tertutup
yang akan mengandungi keseluruhan
30 ekor induk pejantan
300 ekor induk betina...

Di mana.....
Pihak kami menjangkakan akan dapat menghasilkan
750 biji telur sebulan...

Jika konsep ini berjalan lancar
pihak kami akan amat berbesar hati kepada semua pihak
Kerana akan dapat memastikan permintaan tinggi
Bekalan ayam kampung asli dapat dipenuhi...
Samada utk keperluan anak ayam kampung asli
Mahupun bekalan ayam dewasa.....

Moga2 usaha murni kami
Akan mendapat sokongan & kerjasama semua pihak...
Terima Kasih...

- Peace No War -

Monday, January 25, 2010

SUMBER MAKANAN AYAM

Salam Sejahtera...

Kali ini, kami ingin memberikan pendapat & pandangan
Berkenaan sumber makanan ternakan terutamanya ayam...
Dari pengalaman kami menjalankan ternakan
Di pasaran, makanan palet merupakan pilihan yang mesti
Kandungan protein yang tinggi penting utk tunbesaran ayam
Di pasaran, terdapat 2 jenama utama yang menguasai pasaran
Pertama.... GOLD COIN
Kedua...... CP
Yang amat memeningkan kepala semua
Harga makanan ini amat mahal
Di samping harganya yang sentiasa naik saban minggu & bulan
Sekarang....
Harga seguni Palet Jenama CP = RM 85.00 ( Starter )
Dan RM 83.00 seguni ( Grower No. 02 )
Berat seguni = 50 KG...

Pihak kami masih lagi membuat kajian bersama2 pihak tertentu
Dalam mendapatkan sumber makanan yang sesuai
PENTING......
Sumber protein mestilah mencukupi
Tumbesaran ayam adalah sekata

Mohon semua pihak agar kita sama2....
memberikan pandangan & membuat kajian
bagi memecah monopoli bekalan makanan yang semakin meningkat..
Sebarang pandangan & cadangan akan kita kongsi bersama...
Terima Kasih...




SEBAHAGIAN MAKANAN AYAM ( JENAMA - CP BRAND )

JUALAN PERTAMA

Salam Sejahtera....

Tarikh 23.01.2010,,,Genap 40 hari usia ternakan ayam kampung organik @ kacuk kami....
Berat purata keseluruhan ayam kami telah mencecah 800 - 1000 kg
Atas sokongan daripada pembekal sekitar kota bharu
sebanyak 472 ekor ternakan kami telah diborong oleh beliau...
Hasil usaha kami akhirnya menampakkan sedikit hasil

atas sokongan dan kerjasama semua pihak....
Sepanjang menjalankan projek...
Kami dapat membuat kesimpulan.......
Jika ternakan dijaga dengan baik...
dari segi pemakanan dan juga ubat- ubatan
Kadar kematian tidak melebihi 3% secara keseluruhan
Berat dalam tempoh 40 hari = 5 - 6 minggu
Mencecah purata berat sehingga 1 kg...

Kami amat mengalu-alukan pandangan dari semua pihak
Agar dapat terus berkerjasama dlm memantapkan lagi
Serta menambahbaik sistem yang telah kami praktikkan...

Sunday, January 17, 2010

AYAM KAMPUNG ORI

Salam sejahtera....

pihak kami banyak mendapat maklum balas
bagi mendapatkan stok ayam kampung ori
Oleh itu, atas rasa tanggungjawab dan juga kerjasama kpd semua pihak
Kami telah berusaha mendapatkan induk ayam kampung ori
InsyaAllah dalam masa terdekat
pihak kami akan dapat menghasilkan stok ayam kampung ori
Setakat ini,...
pihak kami telah mendapatkan 16 ekor induk ayam kampung ori
4 ekor jantan & 12 ekor betina...
Kami akan terus menambah bekalan & stok kami...
Sama2 memberikan sokongan pada kami
dalam memenuhi pasaran & permintaan semua pihak..

- Peace No War -

TERNAKAN BATCH NO. 03

Salam Sejahtera...

Kami sekali lagi telah mengorak langkah berani...
tempahan ayam utk batck ke-3 telah di buat..
pada tanggal 13.01.2010
sebanyak 500 ekor ternakan baru akan sampai keladang kami
Alhamdulillah......
setakat ini telah 1500 ekor ternakan telah berada diladang kami...
dengan sokongan dan dorongan semua pihak...
kami akan terus berusaha membekalkan
produk ternakan ayam yang terbaik utk semua pihak..
semoga dengan harapan & sokongan semua pihak
kami akan terus dapat mengorak langkah
memperluaskan lagi skop ternakan kami...
sama2 kita berusaha ke arah bidang penternakan yang lebih maju..

- Peace No War -


LIMA MINGGU USIA TERNAKAN ( BATCH NO. 01 )

Salam Sejahtera...

Alhamdulillah...
syukur yang teramat sangat
tanggal 20.01.2010 ... maka
genaplah lima minggu umur ternakan yang diusahakan diladang kami
setakat ini, kematian yang dicatat adalah sebanyak 13 ekor
kesihatan nampak nyer bertambah baik
tiada lagi kematian dicatat selepas 3 minggu tempuh ternakan
berat purata ayam selama 5 minggu telah mencecah 800 - 900 gram
cukup memberangsangkan....
ternakan kami telahpun mencapai berat utk dipasarkan
kepada sesiapa sahaja yang berminat
boleh berhubung dengan kami utk perbincangan lanjut...
moga2 usaha murni kami akan terus mendapat
sokongan dan sambutan dari semua pihak..
syukran....

- Peace No War -



TERNAKAN BATCH NO. 02

Salam sejahtera..

Kami telah mengorak langkah berani sekali lagi
pada tarikh 05.01.2010 kami telah menambah stok ternakan kami
sebanyak 500 ekor anak ayam kampung organik @ kacuk telah ditambah
so, setakat ini,
kami mempunyai 1000 ekor ternakan utk memenuhi pasaran
moga usaha murni kami akan mendapat sokongan dari semua pihak

- Peace No War -